Wednesday, May 13, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang

Sayang
Semoga Tuhan merahmati & memberikan rezeki yang melimpah untukmu
sempena hari lahirmu
Sayang
Ku sentiasa berada di sisimu & semoga kita berdua sentiasa
bahagia kerana cinta kita kebal
Insyaallah
Amin

Kau Menyayangiku

Kau menyayangiku
Seperti bumi,
Menyayangi titah Tuhannya,
Tidak pernah letih,
Menanggung beban derita,
Tidak pernah penat,
Menghisap luka.

Kau menyayangiku,
Seperti matahari,
Menyayangi titah Tuhannya,
Tidak pernah letih,
Membahagi cerahnya cahaya,
Tidak pernah letih,
Menghangatkan jiwa.

Kau menyayangiku,
Seperti air,
Menyayangi titah Tuhannya,
Tak pernah letih,
Membersihkan lara,
Tak pernah letih,
Menyejukkan dahaga.

Kau menyayangiku,
Seperti bunga,
Menyayangi titah Tuhannya,
Tak pernah letih,
Menebar mekar aroma bahagia,
Tak pernah letih,
Meneduhkan gelisah nyala.

*Selamat ulang tahun sayang