Wednesday, June 4, 2008

Kisah Bulan Madu

Mesti ramai diantara kiter yang mengidamkan percutian bulan madu yang menarikkan? Kadang-kadang kiter terlalu mengharapkan yang terbaik & indah-indah belaka namun bukan semua yang dirancangkan menjadi kenyataan. Jadi disini rasanya aku nak ceritakan pengalaman bulan madu pertama aku bersama si dia.

Bulan madu pertama kami cuma di Penang sajer tapi rasanya itulah percutian yang paling bermakna buat kami. Rasanyer kami pergi pada bulan May 2003. Mula-mula kami sampai Penang, hari pertama kami dok kat The Gurney Hotel, dekat dengan Gurney Drive yang femes ittew. Yelah aku pun first time dok hotel "agak mewah" lepas abis belajar, so memang taksub sangat-sangat. Bilik yang kami dudok tu siap ader jacuzzi lagi. Aper lagi kitorang pun berendamlah lamer2 dalam jacuzzi tu. Bak kater orang, first time merasai benda-benda mewah nie, jadi memang teruja sangat-sangatlah kaedahnyer. Lepas abis berendam, tak perlulah aku ceritakan aper yang terjadikan, honeymoon katernya. Malamnyer kami berjalan-jalan di sekitar Gurney Drive dan makan malam di sekitar tempat itu.

Malam kedua kami ke Batu Feringgi pulak. Tak sah kalau ke Penang tak dok kat Batu Feringgikan. Kami dok dekat Casuarina Hotel. Agak azab & lamer sedikit hotel Casuarina tu. Tapi itu bukan masalahnyer coz tujuan kami untuk menghabiskan masa bersama. Sebelum kami check in si dia bawa aku makan Laksa Penang & Rojak buah yang paling meletop kat Penang yang terletak di Miami Beach. Sekarang nie warung tu dah takder lagi, mungkin dah di hanyutkan masa tsunami dulu. Aku masih ingat yang kami pakai baju yang sama masa keluar berjalan-jalan di sekitar Night Market di batu Feringgi. Bahagia betul rasanya biler sama-sama menikmati kasih sayang antara satu sama lain. Si dia nie pun memang pandai mengambil hati aku dan aku dapat rasakan kehangatan cinta kami. Chewah!!!

Pada hari ketiga, kami stay dekat town lagi sekali coz nak merasa dok kat The Northam hotel pulak. Hotel nie memang lagi best & kami dapat upgrade pulak tu ker Junior Suite. Macam tau-tau jer kitorang nie honeymooners. Suite dia memang best giler & ader jacuzzi jugak. Biasalah aku kalau dah dapat jacuzzi, memang tak ingat dunia berendam lamer-lamer. Abislah jugak bilik air tu basah dengan buih-buih sabun. View from our room memang fantastic giler! Eee....macam nak ke Penang pulak biler bercerita balik nie. Kebanyakan masa, kami habiskan di bilik ajer coz terlalu teruja dengan bilik nie. Lagi satu kami pun dah berjalan-jalan dah kat town masa first day sampai. So masa yang ader tu baik di abiskan di dalam bilik jer....hehehehehe.

Sedih pulak rasanya nak tinggalkan Penang. Hari keempat kami ke Bukit Merah Lake Town pula. Seronokkan honeymoon kitorang. Macam-macam tempat kitorang pergi walaupun dalam negara sajer. Tapi percutian di Bukit Merah nie paling kelakar sekali buat kami berdua. Nak tau naper? Sebab tempat yang kitorang dudok tu Apartment ajer bukan hotel. So aku cakap dekat dia "Dari orang kaya kiter dah jatuh miskin pulak". Tergelak-gelak si dia biler aku cakap macam tu. Tapi sebenarnya aku cuma melawak jer. Yang penting keseronokan berjalan menikmati bulan madu kami berdua. Aku tak kesah kalau dok kat maner-maner pun. Kami sampai tengahari, jadi banyak masa dihabiskan di sekitar taman tema Bukit Merah. Bagi aku taman temanya tak menarik sangat pun. Orang pun tak ramai sebab kami datang pada hari biasa ajer. Nak makan pun susah coz tak banyak kedai-kedai yang menarik. Tapi aku tetap puas hati. Esoknya kami pulang ker Kuala Lumpur. Rasa sekejap pulak percutian kami nie. Aku bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan telah mempertemukan kami berdua. Pengalaman bulan madu pertama kami sangat bermakna buat aku. Yelah first time aku dibawa berjalan-jalan dan tinggal di hotel-hotel mewah. Terima kasih sayang kerana memberikan cahaya dalam hidup aku. Aku harap kiter akan terus bersama walau apa jua melanda.

Itulah kisah bulan madu pertama aku. Nak tau kisah bulan madu seterusnya. Tunggu sajerlah okay! Yang penting tiap-tiap tahun kami akan pergi berbulan madu. Percutian kedua kami di Bangkok pula pada tahun yang sama. Tapi kali nie kami bertiga dengan seorang kawan aku. Nanti aku ceritakan pengalaman pertama aku naik flight pulak. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu.....

1 comment:

Anonymous said...

hehehe.. seronok dengar bulan madu kita kan. Hmmmm.. nak mcm tu lagi leh tak B?. Ayg syg kat B tau. But Bukit merah tu ayg dapat free voucher so nak tak nak terpaksa lah guna dah orang bagi, tak baik tolak kan, walaupun apartment. Oklah Baby, nanti cita lak HP pertama yang u pakai. Hehehe... Love u