Kena kerja pagi lagi...bosannya kerja hari minggu. Malas betul nak bangun pagi tadi tapi terpaksa kuatkan jugak semangat untuk bekerja. Hari nie busy jugak di kantorku. Si Inul pulak telefon cakap nak masuk lambat. Aper lagi memang aku bisinglah coz tak cukup staff & busy jugak pulak tu. Sebagai balasan, Inul tapaukan aku nasi ayam bukit bintang yang famous ittew. Makan freelah aku untuk lunch nie.
Semalam x der buat aper pun cuma tengok konsert AF yang membosankan ittew. Nak tak nak "redah ajerlah" tengok konsert tu coz dah x der rancangan yang best semalam. Tapi yang paling aku suka si "giant" ittew sudah berambus dari akademi. Aku rasa suara FBI (hot FM) lagi sedap dari suara si giant yang busuk ittew. Berangan suara ala2 gospel gitu padahal nan ado! Berbalik pada konsert AF semalam, macammaner peratusan si "Tompel" paling tinggi semalam? Saper nak jawap tu. Sudah butakah rakyat malaysia ini? Aku taulah aku x pernah sms langsung untuk AF6 nie, tapi wahai rakyat malaysia, silalah buat keputusan yang betul minggu depan. Kalau situasi yang sama berlaku, x kan kiter nak crownkan si "Tompel" ini sebagai juara. Renung-renungkan dan selamat beramal (tiba-tibakan, x der kena mengena langsung)
Aku sebenarnya nak tengok Narnia malam nie dengan si dia tapi tengoklah macam maner. Sebab dia pun penat & banyak kerja, jadi aku malas nak paksa2 kan. Rakan sekantor aku cakap citer Narnia kali nie best jugak tapi dia cakap Prince Caspian tu lembik ala adik2. Aku gelak jer sorang2. Biasalah zaman sekarang banyak sangat golongan adik2 & metrosexual.
Hati aku sekarang tengah gundah dan gelisa tetapi aku simpankan ajer. Biarlah ia mengalir sendiri di benakku. Aku seorang yang suka menyimpan perasaan aku sendiri. Sebenarnya aku tidak ader seorang pun kawan yang boleh aku ceritakan perihal peribadi aku kerana tidak ader seorang pun sahabat aku yang memahami. Kebanyakan kawan2 aku hanya disaat gembira sahaja dan bukan ketika berduka. Dulu aku memang ader sahabat yang memahami, yang aku anggap seperti adik beradik aku sendiri tapi semua itu sudah berkubur. Jadi pengalaman yang lepas membuatkan aku lebih berhati-hati memilih kawan. Aku nie seorang yang ceria, jadi tidak ader masalah untuk aku menutup kelemahan dalam diri aku nie.
Well, I have to continue my work. Nanti budak2 office nie cakap aku makan gaji buta pulak. Asik melangut jer tulis blog. Semoga kiter berjumpa lagi di hari esok ok. Daaaa.......

No comments:
Post a Comment