Saturday, May 10, 2008

Pening Kepala

Berat betul kepala aku hari nie. Bangun pagi tadi memang mengantuk sangat tapi terpaksa pegi kerja jugak. Kalaulah aku kayakan bagus.... x payah susah-susah nak pikir pasal kerja. Aku sebenarnya sakit kepala sejak 2 hari yg lepas. Kak She tepon pun aku x leh nak jawap sebab x larat langsung. Buat Kak She, nanti kalau ader masa Daffyd calling2 Kak She k. Then aku pegi klinik & doktor ader bagi pil yang kuat sangat kat aku sampai aku rasa tintong semacam jer. Memang kaw giler pil tu sampai aku rasa x boleh nak bangun langsung. Rasa nak tido jer, nie kat ofis pun aku masih blur2 lagi, mungkin sebab kesan ubat tu belum abis lagi. Tapi x perlah yang penting aku dah rasa sihat cuma penat sikit jer.

Malam nie ader konsert AF6 tapi rasanya aku malas nak tengok pun coz clash dengan cerekarama yang meletop malam nie pasal ibu. Aku kalau citer pasal ibu nie, memang sensitif sikit. Yelah dari kecik ibu dah bela kiter dgn kasih sayang yang tidak berbelah bagi, jadi sebagai anak kiter sepatutnya menghargai pengorbanan mereka. Buat ibu-ibu semua, Daffyd ucapkan selamat hari ibu dan semoga tuhan selalu melindungimu dan dirahmati olehNya.

Berbalik semula pada konsert AF6, aku x tahu nak cakap aper dgn budak2 nie semua. Tapi yang pasti aku tetap salahkan pihak produksi yang bengong x tau nak cari talent. Xkanlah dah x der langsung talent2 yang bagus kat Malaysia nie. Pelik dan ajaib sangatkan. Cuba lepas nie, pihak produksi pergi buat ujibakat kat tempat2 karaoke then biler dengar ader suara2 yang sedap tu terus terjah and audition kat situ jugak. Tapi mestilah cari suara2 yang unik dan raw. Aku yakin ramai rakyat malaysia yang mempunyai suara yang bagus cuma kadang2 orang kiter nie malas nak baratur panjang2 untuk diujibakat. Macam aku sendiri, bukanlah nak bangga diri, tapi bolehlah menyanyi jugak. Pernahlah jugak menjadi juara berkumpulan di universiti dulu. Group aku biler nyanyi acapella memang meletop, kitorang nie memang syncronise giler dan group2 lain bukan tandingan kitorang di universiti dulu. Tapi biler dah kerja nie, masing2 buat hal sendiri. Ader yang jadi model, ader yang jadi manager...boleh tahanlah jugak kawan2 aku nie.

Dengar citer, Astro ader program realiti terbaru. Yelah ranking AF pun dah jatuh, mestilah nak buat program yang baru. Tapi aku dengar konsepnya hampir sama dengan aper yang pernah aku dan kawan2 aku buat kat universiti dulu. Rasa menyesal pulak tak usulkan project nie kat Astro, kalau tak mesti aku dah dapat royalti. Dah sah2lah aku akan jadi kaya & x payah nak kerja lagi. Tapi kena banyak hafal lirik lagu coz dengar citer, program nie ala2 karaoke & nanti kiter akan disuruh menyanyi on the spot & tiba2 pengacara akan suruh kiter berenti then sambung balik kat tempat yang kiter berenti tu. Jadi kalau nak jadi contestent kenalah alert selalu. So, aku harap program nie akan berjaya kelak coz masa zaman aku belajar dulu, game nie memang menjadi kesukaan kitorang & selalu akan gelak jer sebab lambat sambung nyanyi. Hehehehe... teringat zaman kat kolej dulu.


No comments: