Wednesday, June 4, 2008

Kisah Bulan Madu

Mesti ramai diantara kiter yang mengidamkan percutian bulan madu yang menarikkan? Kadang-kadang kiter terlalu mengharapkan yang terbaik & indah-indah belaka namun bukan semua yang dirancangkan menjadi kenyataan. Jadi disini rasanya aku nak ceritakan pengalaman bulan madu pertama aku bersama si dia.

Bulan madu pertama kami cuma di Penang sajer tapi rasanya itulah percutian yang paling bermakna buat kami. Rasanyer kami pergi pada bulan May 2003. Mula-mula kami sampai Penang, hari pertama kami dok kat The Gurney Hotel, dekat dengan Gurney Drive yang femes ittew. Yelah aku pun first time dok hotel "agak mewah" lepas abis belajar, so memang taksub sangat-sangat. Bilik yang kami dudok tu siap ader jacuzzi lagi. Aper lagi kitorang pun berendamlah lamer2 dalam jacuzzi tu. Bak kater orang, first time merasai benda-benda mewah nie, jadi memang teruja sangat-sangatlah kaedahnyer. Lepas abis berendam, tak perlulah aku ceritakan aper yang terjadikan, honeymoon katernya. Malamnyer kami berjalan-jalan di sekitar Gurney Drive dan makan malam di sekitar tempat itu.

Malam kedua kami ke Batu Feringgi pulak. Tak sah kalau ke Penang tak dok kat Batu Feringgikan. Kami dok dekat Casuarina Hotel. Agak azab & lamer sedikit hotel Casuarina tu. Tapi itu bukan masalahnyer coz tujuan kami untuk menghabiskan masa bersama. Sebelum kami check in si dia bawa aku makan Laksa Penang & Rojak buah yang paling meletop kat Penang yang terletak di Miami Beach. Sekarang nie warung tu dah takder lagi, mungkin dah di hanyutkan masa tsunami dulu. Aku masih ingat yang kami pakai baju yang sama masa keluar berjalan-jalan di sekitar Night Market di batu Feringgi. Bahagia betul rasanya biler sama-sama menikmati kasih sayang antara satu sama lain. Si dia nie pun memang pandai mengambil hati aku dan aku dapat rasakan kehangatan cinta kami. Chewah!!!

Pada hari ketiga, kami stay dekat town lagi sekali coz nak merasa dok kat The Northam hotel pulak. Hotel nie memang lagi best & kami dapat upgrade pulak tu ker Junior Suite. Macam tau-tau jer kitorang nie honeymooners. Suite dia memang best giler & ader jacuzzi jugak. Biasalah aku kalau dah dapat jacuzzi, memang tak ingat dunia berendam lamer-lamer. Abislah jugak bilik air tu basah dengan buih-buih sabun. View from our room memang fantastic giler! Eee....macam nak ke Penang pulak biler bercerita balik nie. Kebanyakan masa, kami habiskan di bilik ajer coz terlalu teruja dengan bilik nie. Lagi satu kami pun dah berjalan-jalan dah kat town masa first day sampai. So masa yang ader tu baik di abiskan di dalam bilik jer....hehehehehe.

Sedih pulak rasanya nak tinggalkan Penang. Hari keempat kami ke Bukit Merah Lake Town pula. Seronokkan honeymoon kitorang. Macam-macam tempat kitorang pergi walaupun dalam negara sajer. Tapi percutian di Bukit Merah nie paling kelakar sekali buat kami berdua. Nak tau naper? Sebab tempat yang kitorang dudok tu Apartment ajer bukan hotel. So aku cakap dekat dia "Dari orang kaya kiter dah jatuh miskin pulak". Tergelak-gelak si dia biler aku cakap macam tu. Tapi sebenarnya aku cuma melawak jer. Yang penting keseronokan berjalan menikmati bulan madu kami berdua. Aku tak kesah kalau dok kat maner-maner pun. Kami sampai tengahari, jadi banyak masa dihabiskan di sekitar taman tema Bukit Merah. Bagi aku taman temanya tak menarik sangat pun. Orang pun tak ramai sebab kami datang pada hari biasa ajer. Nak makan pun susah coz tak banyak kedai-kedai yang menarik. Tapi aku tetap puas hati. Esoknya kami pulang ker Kuala Lumpur. Rasa sekejap pulak percutian kami nie. Aku bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan telah mempertemukan kami berdua. Pengalaman bulan madu pertama kami sangat bermakna buat aku. Yelah first time aku dibawa berjalan-jalan dan tinggal di hotel-hotel mewah. Terima kasih sayang kerana memberikan cahaya dalam hidup aku. Aku harap kiter akan terus bersama walau apa jua melanda.

Itulah kisah bulan madu pertama aku. Nak tau kisah bulan madu seterusnya. Tunggu sajerlah okay! Yang penting tiap-tiap tahun kami akan pergi berbulan madu. Percutian kedua kami di Bangkok pula pada tahun yang sama. Tapi kali nie kami bertiga dengan seorang kawan aku. Nanti aku ceritakan pengalaman pertama aku naik flight pulak. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Sunday, June 1, 2008

Rahsia Tarikh Lahir & Bulan Kelahiran

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka, berterus terang & jujur. Namun dia mudah terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 4 & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dana kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Bulan Februari
- Berfikiran abstrak - Sukakan benda yang realiti & abstrak - Bijak & genius - Berpesonaliti yang mudah berubah - Mudah menawan orang lain - Agak pendiam - Pemalu & rendah diri - Jujur & setia pada segalanya - Keras hati untuk mencapai matlamat - Tidak suka dikongkong - Mudah memberontak apabila dikongkong - Suka kegiatan yang lasak - Emosinya mudah terluka & sangat sensitif - Mudah mempamirkan marahnya -Tidak suka benda yang remeh-temeh - Suka berkawan tapi kurang mempamirkannya - Sangat berani & suka memberontak - Bercita-cita tinggi - Suka berangan - Pemerhatian yang tajam - Suka hiburan & sukan- Suka benda yang bersifat seni - Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran - Berkecenderungan pada benda yang tahyul - Amat mudah & boleh menjadi terlalu boros

Bulan Mei
- Kekarasan hati & degil - Kuat semangat & bermotivasi tinggi - Pemikiran yang tajam - Mudah marah apabila tidak dikawal - Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian - Perasaan yang amat mendalam - Cantik dari segi mental & fizikal - Tidak perlu dimotivasikan - Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain - Mudah dipujuk - Bersikap sistematik (otak kiri) - Suka berangan - Kuat daya firasat - Memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu - Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit - Daya khayalan yang tinggi - Pemikiran yang tajam - Pandai berdebat - Fizikal yang baik - Kelemahan sistem pernafasan - Suka sastera, seni & muzik serta melancong - Tidak berapa suka duduk dirumah - Tidak boleh duduk diam - Tidak punya ramai anak - Rajin & bersemangat tinggi - Agak boros

Sunday, May 25, 2008

My Daily Love Horoscope

"You will be direct, exempt and spontaneous in expressing your emotional states and your feelings, but don't go to extremes of ardor, fits of anger, or try to impose on your loved ones. Try to be a little more respectful, amiable and affectionate in your emotional expressions, avoiding at all cost abruptness and cultivating amiability."

Sempurna

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujimu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku


Sungguh bermakna ayat-ayat cinta yang diluahkan penulis lirik lagu ini. Memang penulis tidak boleh hidup tanpa pasangannya. Dan adakah aku juga begitu? Mungkin juga. I just wanna say that you are too perfect for me & my life is empty without you. Please always remember me whenever you go, even to the moon. I will be alone for a few days, hundred hours, thousand minutes & million seconds tonight. Hope God will give me strength to survive tomorrow.

"Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."


Sunday, May 18, 2008

Pagi Yang Gelap

Kena kerja pagi lagi...bosannya kerja hari minggu. Malas betul nak bangun pagi tadi tapi terpaksa kuatkan jugak semangat untuk bekerja. Hari nie busy jugak di kantorku. Si Inul pulak telefon cakap nak masuk lambat. Aper lagi memang aku bisinglah coz tak cukup staff & busy jugak pulak tu. Sebagai balasan, Inul tapaukan aku nasi ayam bukit bintang yang famous ittew. Makan freelah aku untuk lunch nie.

Semalam x der buat aper pun cuma tengok konsert AF yang membosankan ittew. Nak tak nak "redah ajerlah" tengok konsert tu coz dah x der rancangan yang best semalam. Tapi yang paling aku suka si "giant" ittew sudah berambus dari akademi. Aku rasa suara FBI (hot FM) lagi sedap dari suara si giant yang busuk ittew. Berangan suara ala2 gospel gitu padahal nan ado! Berbalik pada konsert AF semalam, macammaner peratusan si "Tompel" paling tinggi semalam? Saper nak jawap tu. Sudah butakah rakyat malaysia ini? Aku taulah aku x pernah sms langsung untuk AF6 nie, tapi wahai rakyat malaysia, silalah buat keputusan yang betul minggu depan. Kalau situasi yang sama berlaku, x kan kiter nak crownkan si "Tompel" ini sebagai juara. Renung-renungkan dan selamat beramal (tiba-tibakan, x der kena mengena langsung)

Aku sebenarnya nak tengok Narnia malam nie dengan si dia tapi tengoklah macam maner. Sebab dia pun penat & banyak kerja, jadi aku malas nak paksa2 kan. Rakan sekantor aku cakap citer Narnia kali nie best jugak tapi dia cakap Prince Caspian tu lembik ala adik2. Aku gelak jer sorang2. Biasalah zaman sekarang banyak sangat golongan adik2 & metrosexual.

Hati aku sekarang tengah gundah dan gelisa tetapi aku simpankan ajer. Biarlah ia mengalir sendiri di benakku. Aku seorang yang suka menyimpan perasaan aku sendiri. Sebenarnya aku tidak ader seorang pun kawan yang boleh aku ceritakan perihal peribadi aku kerana tidak ader seorang pun sahabat aku yang memahami. Kebanyakan kawan2 aku hanya disaat gembira sahaja dan bukan ketika berduka. Dulu aku memang ader sahabat yang memahami, yang aku anggap seperti adik beradik aku sendiri tapi semua itu sudah berkubur. Jadi pengalaman yang lepas membuatkan aku lebih berhati-hati memilih kawan. Aku nie seorang yang ceria, jadi tidak ader masalah untuk aku menutup kelemahan dalam diri aku nie.

Well, I have to continue my work. Nanti budak2 office nie cakap aku makan gaji buta pulak. Asik melangut jer tulis blog. Semoga kiter berjumpa lagi di hari esok ok. Daaaa.......

Friday, May 16, 2008

Pertanyaan Untuk Cinta

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

credit to www.tentangcinta.com

Thursday, May 15, 2008

Ungkapan I Love You

I Love You atau dalam bahasa Melayu, Aku Cinta Padamu merupakan satu ungkapan yang amat istimewa. Ini kerana ianya merupakan ungkapan yang hanya kita ucapkan pada orang yang kita sayang sahaja.

Ada ke orang yang ucapkan I Love You pada orang yang dibenci? Sudah pasti tidak bukan. Kalau dengan orang yang dibenci, mesti kita mencemuh dia seboleh yang mungkin. Itu kalau mereka yang panas baran la. Habis semua ayat-ayat cemuhan dilemparkan disebabkan terlalu marah dan benci pada seseorang itu. Kalau boleh, semua perkataan-perkataan negatif yang ada dalam kamus nak diberikan pada orang itu.

Tetapi ianya berbeza dengan I Love You ini. I Love You ini sangat unik. Kita tidak akan ucapkan ia pada orang lain selain orang yang kita sayang. Orang yang kita sayang itu tidak semestinya hanya pada kekasih kita sahaja, ia termasuklah dengan ibu bapa kita, adik beradik kita, anak-anak, kawan-kawan dan orang-orang yang kita sayang.

Adalah amat pelik sekiranya I Love You ini diberikan sesuka hati pada orang lain. Tidak ada keunikan sekiranya I Love You ini mudah diperolehi. Oleh itu, janganlah kita mempermainkan ungkapan I Love You ini atau Aku Cinta Padamu dengan sesuka hati. Kerana, andai tersilap ungkap, mungkin kita secara tidak sengaja mengecewakan hati seseorang itu.

Tuesday, May 13, 2008

13 Mei

13 Mei 1969 merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

Dan pada tarikh ini juga tapi berbeza tahunnya, lahirlah seorang sahabat, teman dan kekasih hatiku ke alam maya ini. Aku ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepadamu, semoga Tuhan memberikan kesejahteraan serta umur yang panjang kepadamu dan seterusnya kita akan sentiasa bahagia bersama ke akhir hayat. This one for you my dear... love you always & forever!

Tercipta Untukku

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku, oohh

Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Sungguh hanya lah dirimu
Yang aku cintai
Dan sungguh ku kan di sisimu
Hingga ku mati


Saturday, May 10, 2008

Pening Kepala

Berat betul kepala aku hari nie. Bangun pagi tadi memang mengantuk sangat tapi terpaksa pegi kerja jugak. Kalaulah aku kayakan bagus.... x payah susah-susah nak pikir pasal kerja. Aku sebenarnya sakit kepala sejak 2 hari yg lepas. Kak She tepon pun aku x leh nak jawap sebab x larat langsung. Buat Kak She, nanti kalau ader masa Daffyd calling2 Kak She k. Then aku pegi klinik & doktor ader bagi pil yang kuat sangat kat aku sampai aku rasa tintong semacam jer. Memang kaw giler pil tu sampai aku rasa x boleh nak bangun langsung. Rasa nak tido jer, nie kat ofis pun aku masih blur2 lagi, mungkin sebab kesan ubat tu belum abis lagi. Tapi x perlah yang penting aku dah rasa sihat cuma penat sikit jer.

Malam nie ader konsert AF6 tapi rasanya aku malas nak tengok pun coz clash dengan cerekarama yang meletop malam nie pasal ibu. Aku kalau citer pasal ibu nie, memang sensitif sikit. Yelah dari kecik ibu dah bela kiter dgn kasih sayang yang tidak berbelah bagi, jadi sebagai anak kiter sepatutnya menghargai pengorbanan mereka. Buat ibu-ibu semua, Daffyd ucapkan selamat hari ibu dan semoga tuhan selalu melindungimu dan dirahmati olehNya.

Berbalik semula pada konsert AF6, aku x tahu nak cakap aper dgn budak2 nie semua. Tapi yang pasti aku tetap salahkan pihak produksi yang bengong x tau nak cari talent. Xkanlah dah x der langsung talent2 yang bagus kat Malaysia nie. Pelik dan ajaib sangatkan. Cuba lepas nie, pihak produksi pergi buat ujibakat kat tempat2 karaoke then biler dengar ader suara2 yang sedap tu terus terjah and audition kat situ jugak. Tapi mestilah cari suara2 yang unik dan raw. Aku yakin ramai rakyat malaysia yang mempunyai suara yang bagus cuma kadang2 orang kiter nie malas nak baratur panjang2 untuk diujibakat. Macam aku sendiri, bukanlah nak bangga diri, tapi bolehlah menyanyi jugak. Pernahlah jugak menjadi juara berkumpulan di universiti dulu. Group aku biler nyanyi acapella memang meletop, kitorang nie memang syncronise giler dan group2 lain bukan tandingan kitorang di universiti dulu. Tapi biler dah kerja nie, masing2 buat hal sendiri. Ader yang jadi model, ader yang jadi manager...boleh tahanlah jugak kawan2 aku nie.

Dengar citer, Astro ader program realiti terbaru. Yelah ranking AF pun dah jatuh, mestilah nak buat program yang baru. Tapi aku dengar konsepnya hampir sama dengan aper yang pernah aku dan kawan2 aku buat kat universiti dulu. Rasa menyesal pulak tak usulkan project nie kat Astro, kalau tak mesti aku dah dapat royalti. Dah sah2lah aku akan jadi kaya & x payah nak kerja lagi. Tapi kena banyak hafal lirik lagu coz dengar citer, program nie ala2 karaoke & nanti kiter akan disuruh menyanyi on the spot & tiba2 pengacara akan suruh kiter berenti then sambung balik kat tempat yang kiter berenti tu. Jadi kalau nak jadi contestent kenalah alert selalu. So, aku harap program nie akan berjaya kelak coz masa zaman aku belajar dulu, game nie memang menjadi kesukaan kitorang & selalu akan gelak jer sebab lambat sambung nyanyi. Hehehehe... teringat zaman kat kolej dulu.


Wednesday, May 7, 2008

Farewell Farewell.....

Hari nie merupakan hari terakhir seorang rakan kerjaku yang selalu berangan cantekk dan suka tukar namer. Dia jugak merangkap assistant aku sebab dia dok sebelah aku. Selama 3 tahun dia dok sebelah aku, macam2 dah aku ajar dia. Dari seorang yang pemalu menjadi seorang yang tak tahu malu langsung! Muka dia memang plastik sikit sebab suka buat plastic surgery (nak cantekk sangat katanyer!...walhal nan ado!). Lepas nie dah tak der dah orang aku nak kacau & gelak2 sekali...sedihlah pulak. Aku cuma doakan dia semoga berjaya di tempat kerja yang baru nanti dan jangan suka berangan cantekk sangat sebab ader orang yang lebih cantekk dari ko (hehehehhe....matilah aku). Sebagai tanda persahabatan kiter, terimalah video ini

Tentang Aku

Camner nak mula yer...nie 1st time percubaan untuk blogging sebab tengok banyak sangat blog di alam maya ini jadi terasa nak cuba pulak. Watever it is I'll try to make this blog as cute as my kitty. Susah sebenarnya nak bagitau korang semua tentang diri aku nie. Menjadi seorang lelaki straight di Malaya ini memang susah, memandangkan 1/2 bumi malaya ini dipenuhi adik2..(yg penting template empunya blog ini pun warna pink, aper kes). Aku dibesarkan di JB, Teluk Intan & Ipoh. Sekolah pulak sampai 4 kali tukar, nak buek camno dah bapak aku keje gomen, terpaksalah berpindah-randah. Lepas SPM aku sambung belajar di universiti yg penuh dengan adik2 di Shah Alam nun, sebab tulah susahnya menjadi "The only Straight Guy in the village". Banyak sungguh dugaan yang aku kena tempuhi. Sekarang sudah 5 tahun aku bekerja di sebuah organisasi yang agak gah di seantero dunia & aku memang bangga bekerja di sini. Cuma tempat aku kerja nie pun banyak sungguh adik2, sekali lagi aku terpaksa menempuh rintangan & dugaan sebagai seorang lelaki straight. Oklah tu cukuplah kot sebagi pengenalan diri... Blog ini sebenarnya ingin memaparkan kejadian-kejadian terlampau ataupun tidak disengajakan oleh kebanyakan orang2 di sekeliling kiter. Mungkin aksi terlampau anda ader di sini? Kiter tunggu dan lihat sahaja.